Tuesday, October 2, 2018


Menilai dan Mesintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis
Disediakan Oleh: Anbbaarasi Paramasivam
Kemahiran  belajar  jika ditelusuri dengan lebih teliti, ia merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Ia amat penting kerana kemahiran ini akan memastikan perkara yang diajar dapat diterima dan difahami oleh seseorang pelajar. Terdapat pelbagai aspek kemahiran dalam proses ini dan salah satunya ialah kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis. Wujudnya pokok soalan apakah itu kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis. Jika ditelusuri dengan lebih teliti, kita dapat tahu bahawa ia merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir danmerumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi dan deduksi. Terdapat empat cabang dalam kemahiran ini dan salah satunya ialah minilai maklumat.
Apakah itu, proses menilai maklumat? Seperti yang kita memahami bukan semua maklumat boleh diguna dalam proses pembelajaran, malah semua maklumat itu perlu dinilai kesahihannya dan di sini proses menilai amat penting. Terdapat beberapa langkah untuk menilai maklumat. Antaranya ialah, perbandingan fakta dengan pendapat. Jika meluaskan horizon pemikiran kita dapat memahi bahawa, fakta merupakan sesuatu yang benar-benar wujud, betul dan sahih manakala pendapat ditafsirkan sebagai pandangan seseoarang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu. Perkara ini penting kerana, ia mambantu kita untuk memastikan sama ada maklumat diperoleh benar, betul dan sahih. Di samping itu, teknik seterusnya ialah menilai tahun penerbitan dan autoriti. Elemen ini penting kerana, melalui tahun penerbitan kita boleh menilai bahawa sama ada maklumat yang diperoleh itu terkini atau tidak serta autoriti pula memberi peluang kepada setiap insan digelar pelajar untuk mengetahui asal usul maklumat yang telah diperoleh.
MENILAI MAKLUMAT
PERBANDINGAN
FAKTA DENGAN
TEPAT
• Diketahui umum sebagai benar-benar wujud
• Pandangan seseorang atau ses...
ELEMEN-ELEMEN DALAM PROSES MENILAI MAKLUMAT
 Rentetan itu, terdapat juga teknik menilai kumpulan sasaran dan penerbit. Elemen ini pula bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperoleh itu sesuai dengan kumpulan sasaran. Sebagai contoh, jika menelusuri lebih mendalam, maklumat untuk pelajar sekolah menengah kurang sesuai kepada para siswa dan siswi dan maklumat yang berkualiti tinggi pula biasanya diterbitkan di peringkat nasional dan ia sukar untuk dikenali dan juga tidak diutamakan oleh pengguna. Selain itu, menilai perbezaan antara bahan popular dan akademik juga amat penting. Hal ini demikian kerana, bahan popular biasanya memaparkan maklumat yang kurang tepat. Malah bahan akademik mempunyai fakta dan keterangan yang boleh dipercayai kerana ia biasanya mempunyai senarai rujukan bahan-bahan maklumat lain. Di sini tegaslah bahawa, kebolehan menilai akan membolehkan kita membuat transformasi dan refleksi terhadap yang khusus dalam proses pembelajaran.
            Selain cabang menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan serta menilai maklumat terdapat juga elemen mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis. Jika dikaji dari akar umbi kita boleh mentafsirkan sintesis sebagai proses menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea. Proses mensintesis pula peringkat menggabungkan atau mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh. Berbanding yang lain, mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca yang mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi. Proses sintesis yang baik akan menjadi sesuatu tugasan atau laporan lebih mudah difahami. Persoalanya apakah bentuk laporan dan dan kegunaanya.
Ellis dan Hopkin telah mendefinisi laporan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus dan menurut Nuraini laporan dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan dari segi makluman, pemujukkan, penerangan dan sejarah. Laporan  boleh dijadikan sebagai satu dokumen  yang memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea dan kadangkala membuat cadangan dan syor untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Image result for kEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
ANTARA TUJUAN MESINTESIS MAKLUMAT
TUJUAN
Mudah untuk menyesuaikan dengan laporan
Mengetahui tahap pengetahuan pembaca dan pengetahuan teknikal
Mengetahui pa...
5W + 1S
 Bagi mendapatkan laporan yang lebih jelas seseorang pelajar perlu membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti, membuat rekod sesuatu peristiwa, mensintesis sesuatu pelan tindakan dan menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan. Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan hendaklah dibuat untuk memberi penekanan kepada dapatan penting . Laporan yang hendak dibuat haruslah difahami oleh kumpulan sasarn yang diperlukan. Oleh itu, laporan yang dibuat hendaklah diliputi oleh elemen 5W+ 1S, iaitu kenapa laporan dihasilkan (WHY), tujuan ( WHAT), jangka masa (WHEN), pihak ( WHO), untuk siapa ( WHOM) dan ( SCOPE).
Laporan bertulis yang baik seharusnya
memperincikan kandungan seperti berikut :
Tujuan laporan Kualiti laporan
Kategori la...

Disamping itu, kita juga perlu tahu siapa pembaca laporan kerana ia memudahkan kita menyesuaikan laporan dengan keperluan, mengetahui tahap pengetahuan pembaca dan pengetahuan teknikal serta mengetahui pandangan tentang perkara yang hendak dilapor. Rentetan senario itu, tujuan, kualiti, dan kategori perlulah difokuskan semasa menghasilkan laporan.  Pada umumnya, terdapat beberapa cara dan panduan untuk menyediakan laporan bertulis seperti memilih topik dan menyemak draf. Selain itu laporan jenis akademik pula perlu berpandu dan mengandungi penghargaan, perancangan, metadologi kajian serta rujukan dan lampiran.
Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial dan politik serta teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan. Pendidikan di alaf 21 ini hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat mengundang pelbagai cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik khususnya. Sebagai seorang pelajar yang bakal mengenggam negara, kita harus memahami perubahan fenomena ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kerana ia bukan sahaja menguntungkan para pelajar malah turut meninggikan martabat pendidikan negara kita amnya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   





No comments:

Post a Comment

Menilai dan Mesintesis Maklumat Untuk Menghasilkan Bahan Bertulis Disediakan Oleh: Anbbaarasi Paramasivam Kemahiran   belajar   jika d...