MENGANALISIS ,MENTAFSIR DAN MEMBUAT
KESIMPULAN
Disediakan
oleh :PavithiraVijayakumar
Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari supaya boleh difahami dengan lebih teliti.Ia merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan,mencantumkan idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.Setiap madani perlu tekun dalam kemahiran ini kerana hal ini sangat penting untuk proses pembelajaran sepanjang hayat dan dapat memberi penglibatan yang berterusan dalam bidang pembelajaran dan penilaian maklumat.Contohnya,jika pelajar dapat menguasai kemahiran memproses maklumat ,mereka akan memperoleh kebolehan untuk mencapai,menilai,menyusun,menyerap,dan menggunakan maklumat secara efektif dari pelbagai sumber serta format.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa,analisis maklumat boleh dibahagi kepada dua iaitu berbentuk kuantitatif dan kualitatif.Menurut buku Kemahiran Belajar oleh penulis Syed Ismail Syed Mustapa analisis data membawa maksud proses menggunakan data bagi menberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil.Maklumat yang telah kita proses mestilah dianalisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.Kebaikan menganalisis data ialah dapat mesintesis data,menghubung kaitkan fakta,membandingkan fakta,membuat kesimpulan dan membaca yang tersirat.Sebagai contoh,jika data yang banyak dianalisis menggunakan data kuantitatif.
Maklumat dalam bentuk nombor yang
dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu :
- Jadual
- Graf - lengkung, bar, pai
dan piktograf
Lengkung
carta pai
Piktograf
Sementelahan itu,terdapat
beberapa proses analisis data supaya dapat menganalisis maklumat dengan lebih
efektif dan proaktif.Antaranya ialah faham maklumat yang ingin disampaikan oleh
data,cari tema dan pola.susun data,baca lebih daripada sekali,tulis nota
ringkas, kongsi dapatan,cari tema dan pola,.kenal pasti perkara utama,lihat
kembali data dan semak tema yang telah dibuat. Tamsilnya,apabila menganalisis
hujah proses yang digunakan ialah mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan
dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea,mencari sebab dan
kesimpulan,mengusul periksa andaian,membuat urutan,mengatur perkara-perkara
mengikut satu susunan berdasarkan kriteria yang bermakna dan perkara yang
dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.Kita
perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif agar kesimpulan
yang akan dibuat mempunyai keesahan dan ketepatan yang amat tinggi.
Jika
dicapahkan lensa perbincangan,selepas menganalisis maklumat yang dikumpul kita
perlulah mentafsir dan membuat kesimpulan.Mentafsir maklumat didefinisikan
sebagai satu kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek,pola
mengikut maklumat yang telah dikumpulkan.Misalnya,maklumat
dalam bentuk teks boleh ditafsirkan menggunakan kaedah analisis dokumen dengan
mendapatkan tema-tema atau menyatakan semula apa yang dikatakan dalam bentuk
naratif.Tujuannya ialah untuk mengesan pola atau corak berdasarkan maklumat
yang diperolehi,menyatakan hubungan di antara maklumat,membuat kesimpulan
berdasarkan data yang dikumpulkan.Dengan ini,dapat memberikan maklumat yang
lengkap dan berguna tentang prestasi pembelajaran,bahan atau isu yang
dibincangkan serta berupaya memberikan maklumat yang kepada orang lain.Tafsiran
dilakukan mengikut pengalaman,ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam
diri pentafsir.Cra-cara untuk mentafsir
maklumat dalam bentuk teks ialah pertamanya harus memecahkan data kepada
bahagian kecil, mengenal pasti tema yang dibincangkan, meneliti semua data untuk mencari perkaitan ,
menentukan perkaitan antara tema-tema,membezakan fakta daripada hipotesis ,mengenal
pasti maklumat berbentuk fakta atau andaian dan membezakan idea utama daripada
idea sampingan serta menentukan perhubungan antara idea utama dan idea
sampingan.
Lantaran itu,ciri ciri pentafsiran yang boleh digunakan semasa membuat tafsiran ialah bersifat holistik,berasaskan elemen,merujuk kriteria,panca instrumen,berpusatkan bahan dan tugasan,pelbagai bentuk,On-line dan berterusan.Jadi,ketepatan maklumat dalam membuat tafsiran dapat membantu pembaca memahami dengan jelas perkara yang akan dikemukakan dalam tugasan.Lebih-lebih lagi,kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.Secara analoginya,kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.data serta teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.
No comments:
Post a Comment