Menilai dan Mesintesis Maklumat Untuk
Menghasilkan Bahan Bertulis
Disediakan Oleh: Anbbaarasi Paramasivam
Kemahiran belajar jika ditelusuri dengan lebih teliti, ia
merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika
belajar. Ia amat penting kerana kemahiran ini akan memastikan perkara yang
diajar dapat diterima dan difahami oleh seseorang pelajar. Terdapat pelbagai
aspek kemahiran dalam proses ini dan salah satunya ialah kemahiran memproses
maklumat dan penyediaan bahan bertulis. Wujudnya pokok soalan apakah itu
kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis. Jika ditelusuri
dengan lebih teliti, kita dapat tahu bahawa ia merupakan peringkat untuk
menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan
idea-idea serta mentafsir danmerumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip
induksi dan deduksi. Terdapat empat cabang dalam kemahiran ini dan salah
satunya ialah minilai maklumat.
Apakah itu, proses menilai maklumat? Seperti yang kita memahami bukan semua maklumat boleh diguna dalam proses pembelajaran, malah semua maklumat itu perlu dinilai kesahihannya dan di sini proses menilai amat penting. Terdapat beberapa langkah untuk menilai maklumat. Antaranya ialah, perbandingan fakta dengan pendapat. Jika meluaskan horizon pemikiran kita dapat memahi bahawa, fakta merupakan sesuatu yang benar-benar wujud, betul dan sahih manakala pendapat ditafsirkan sebagai pandangan seseoarang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu. Perkara ini penting kerana, ia mambantu kita untuk memastikan sama ada maklumat diperoleh benar, betul dan sahih. Di samping itu, teknik seterusnya ialah menilai tahun penerbitan dan autoriti. Elemen ini penting kerana, melalui tahun penerbitan kita boleh menilai bahawa sama ada maklumat yang diperoleh itu terkini atau tidak serta autoriti pula memberi peluang kepada setiap insan digelar pelajar untuk mengetahui asal usul maklumat yang telah diperoleh.
Apakah itu, proses menilai maklumat? Seperti yang kita memahami bukan semua maklumat boleh diguna dalam proses pembelajaran, malah semua maklumat itu perlu dinilai kesahihannya dan di sini proses menilai amat penting. Terdapat beberapa langkah untuk menilai maklumat. Antaranya ialah, perbandingan fakta dengan pendapat. Jika meluaskan horizon pemikiran kita dapat memahi bahawa, fakta merupakan sesuatu yang benar-benar wujud, betul dan sahih manakala pendapat ditafsirkan sebagai pandangan seseoarang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu. Perkara ini penting kerana, ia mambantu kita untuk memastikan sama ada maklumat diperoleh benar, betul dan sahih. Di samping itu, teknik seterusnya ialah menilai tahun penerbitan dan autoriti. Elemen ini penting kerana, melalui tahun penerbitan kita boleh menilai bahawa sama ada maklumat yang diperoleh itu terkini atau tidak serta autoriti pula memberi peluang kepada setiap insan digelar pelajar untuk mengetahui asal usul maklumat yang telah diperoleh.
ELEMEN-ELEMEN DALAM PROSES MENILAI MAKLUMAT |
Rentetan itu, terdapat juga teknik
menilai kumpulan sasaran dan penerbit. Elemen ini pula bertujuan untuk memastikan
maklumat yang diperoleh itu sesuai dengan kumpulan sasaran. Sebagai contoh, jika
menelusuri lebih mendalam, maklumat untuk pelajar sekolah menengah kurang
sesuai kepada para siswa dan siswi dan maklumat yang berkualiti tinggi pula
biasanya diterbitkan di peringkat nasional dan ia sukar untuk dikenali dan juga
tidak diutamakan oleh pengguna. Selain itu, menilai perbezaan antara bahan
popular dan akademik juga amat penting. Hal ini demikian kerana, bahan popular
biasanya memaparkan maklumat yang kurang tepat. Malah bahan akademik mempunyai
fakta dan keterangan yang boleh dipercayai kerana ia biasanya mempunyai senarai
rujukan bahan-bahan maklumat lain. Di sini tegaslah bahawa, kebolehan menilai
akan membolehkan kita membuat transformasi dan refleksi terhadap yang khusus
dalam proses pembelajaran.
Selain
cabang menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan serta menilai maklumat
terdapat juga elemen mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis.
Jika dikaji dari akar umbi kita boleh mentafsirkan sintesis sebagai proses
menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea. Proses
mensintesis pula peringkat menggabungkan atau mencatumkan unsur yang berlainan
untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh. Berbanding yang lain,
mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan
pembaca yang mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran
kritis aras tinggi. Proses sintesis yang baik akan menjadi sesuatu tugasan atau
laporan lebih mudah difahami. Persoalanya apakah bentuk laporan dan dan
kegunaanya.
Ellis dan Hopkin telah mendefinisi laporan sebagai dokumen untuk
menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus dan menurut Nuraini laporan
dikategorikan berdasarkan tujuan penulisan dari segi makluman, pemujukkan,
penerangan dan sejarah. Laporan boleh
dijadikan sebagai satu dokumen yang
memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea dan kadangkala membuat
cadangan dan syor untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Bagi mendapatkan
laporan yang lebih jelas seseorang pelajar perlu membuat sesuatu penyelidikan
atau aktiviti, membuat rekod sesuatu peristiwa, mensintesis sesuatu pelan
tindakan dan menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan. Setelah
maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan hendaklah dibuat untuk memberi
penekanan kepada dapatan penting . Laporan yang hendak dibuat haruslah difahami
oleh kumpulan sasarn yang diperlukan. Oleh itu, laporan yang dibuat hendaklah
diliputi oleh elemen 5W+ 1S, iaitu kenapa laporan dihasilkan (WHY), tujuan (
WHAT), jangka masa (WHEN), pihak ( WHO), untuk siapa ( WHOM) dan ( SCOPE).
ANTARA TUJUAN MESINTESIS MAKLUMAT |
5W + 1S |
Disamping itu, kita juga perlu tahu siapa pembaca laporan kerana ia
memudahkan kita menyesuaikan laporan dengan keperluan, mengetahui tahap
pengetahuan pembaca dan pengetahuan teknikal serta mengetahui pandangan tentang
perkara yang hendak dilapor. Rentetan senario itu, tujuan, kualiti, dan kategori
perlulah difokuskan semasa menghasilkan laporan. Pada umumnya, terdapat beberapa cara dan
panduan untuk menyediakan laporan bertulis seperti memilih topik dan menyemak
draf. Selain itu laporan jenis akademik pula perlu berpandu dan mengandungi
penghargaan, perancangan, metadologi kajian serta rujukan dan lampiran.
Perkembangan
dunia dalam aspek ekonomi, sosial dan politik serta teknologi seharusnya
menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan. Pendidikan di alaf 21 ini
hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat mengundang pelbagai
cabaran yang harus ditangani dengan bijak oleh para pendidik khususnya. Sebagai
seorang pelajar yang bakal mengenggam negara, kita harus memahami perubahan
fenomena ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti
ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna kerana ia
bukan sahaja menguntungkan para pelajar malah turut meninggikan martabat
pendidikan negara kita amnya.